Sunday, 14 July 2013

Kerutup Telur..


BAHAN
6 biji Telur ( direbus & kupas )
Sedikit Tepung Gandum
Secukupnya Minyak ( untuk menggoreng )
100g Cili Boh
1 sudu besar Serbuk ketumbar
½ sudu besar Serbuk jintan manis
120 ml Air
450 ml Santan (daripada 1 kelapa)
60 ml Sos tomato
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
2 sudu besar Kerisik
3 sudu teh Garam


BAHAN KISAR
1 labu Bawang besar
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 biji Cili merah
2 cm Halia


CARANYA
(1) Salut telur dengan Tepung Gandum.
(2) Panaskan minyak dan goreng telur hingga keemasan. Angkat.
(3) Satukan Cili Boh, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan air.
(4) Dalam 3 sudu besar minyak, tumis bahan kisar.
(5) Bila bahan kisar terbit minyak, masukkan campuran rempah.
(6) Kacau hingga mendidih kemudian masukkan santan, sos tomato dan Perencah Pati Ayam.
(7) Masak hingga mendidih. Masukkan kerisik dan Garam.
(8) Akhir sekali, masukkan telur dan masak lagi selama 5 minit, kemudian angkat.



Resepi: Chef Arm

No comments:

Post a Comment