Thursday, 18 July 2013

Bakul Roti Berinti Telur Berkeju...


BAHAN ROTI
6-7 keping roti sandwich
Marjerin/mentega jika suka
Acuan muffin atau tart

BAHAN UNTUK INTI
2 biji telur
Sedikit butter/marjerin/minyak masak
1 sudu makan spreadable cream cheese (jenis lembut dalam tub atau botol)
1 sudu makan susu segar
Daun parsley atau daun sup dicincang - jika suka
Garam secukup rasa
lada sulah/ lada hitam


CARA MEMBUAT BAKUL ROTI
Canai roti biar nipis sedikit (tak perlu terlalu nipis).
Jika suka boleh sapu permukaan roti dengan marjerin/mentega.
Terap bentuk bulat dan letakkan pada acuan. Bakar pada suhu 180 darjah hingga mula kekuningan dan garing (lebih kurang 10-20 minit).


CARA MENYEDIAKAN INTI
Satukan telur, garam, lada hitam/ lada sulah dan susu segar dan pukul dengan garfu hingga sebati. ketepikan. Panaskan kuali dan masukkan marjerin/butter/minyak bersama cream cheese. Lenyekkan cream cheese dengan sudip supaya cair. Masukkan telur dan kacau selalu hingga telur masak tapi jangan terlalu kering. Angkat.

CARA MENGHIDANG
Isikan bakul roti dengan inti telur.
Jika suka tabur daun parsley atau daun bawang atasnya.
Hidangkan begitu sahaja atau bersama sos cili/tomato.
Resepi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Photo: Bakul roti berinti telur berkeju
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
cc: www.facebook.com/bukuresepi

6-7 keping roti sandwich
Marjerin/mentega jika suka
Acuan muffin atau tart

Bahan2 untuk inti:

2 biji telur 
Sedikit butter/marjerin/minyak masak
1 sudu makan spreadable cream cheese (jenis lembut dalam tub atau botol)
1 sudu makan susu segar
Daun parsley atau daun sup dicincang - jika suka
Garam secukup rasa
lada sulah/ lada hitam


Cara membuat bakul roti:
Canai roti biar nipis sedikit (tak perlu terlalu nipis). Jika suka bleh sapu permukaan roti dengan marjerin/mentega. Terap bentuk bulat dan letakkan pada acuan. Bakar pada suhu 180 darjah hingga mula kekuningan dan garing (lebih kurang 10-20 minit). 

Cara menyediakan inti:
Satukan telur, garam, lada hitam/ lada sulah dan susu segar dan pukul dengan garfu hingga sebati. ketepikan. Panaskan kuali dan masukkan marjerin/butter/minyak bersama cream cheese. Lenyekkan cream cheese dengan sudip supaya cair. Masukkan telur dan kacau selalu hingga telur masak tapi jangan terlalu kering. Angkat.

Cara menghidang:

Isikan bakul roti dengan inti telur. Jika suka tabur daun parsley atau daun bawang atasnya. Hidangkan begitu sahaja atau bersama sos cili/tomato.

No comments:

Post a Comment