BAHAN
250g spageti ( Direbus & Ditoskan )
3 Sudu Besar Minyak Zaitun
1 Biji Bawang Besar ( Dicincang )
1 Ulas Bawang Putih ( Dicincang )
50g Kucai ( Dihiris )
8 Ekor Udang Segar
5 Sudu Besar Sos Lada Hitam
1 Sudu Besar Serbuk Pati Ikan Bilis
CARANYA
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar bersama bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan udang dan goreng seketika.
3. Kemudian masukkan sos lada hitam dan pati ikan bilis.
4. masukkan spageti dan kucai.kacau dengan sekata dan bolehlah dihidangkan panas-panas.
Resepi: Chef Arm
No comments:
Post a Comment