BAHAN DOH
300gm tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10gm gula halus
1 1/2 sudu besar madu
1 sudu teh bread improver
secubit garam
170ml air suam
20 gm mentega
sedikit tepung utk ditabur
CARANYA
satukan tepung gandum ,yeast,gula,madu,bread improver,garam dan gaulkan sebati....
tambahkan sedikit demi sedikit air suam dan uli..masukkan mentega dan uli lagi sehingga mendapat doh yg lembut dan tidak melekat..
biarkan doh naik sekali ganda lebih kurang 45 mnt..
bila doh dah naik..tumbuk2 kan bagi keluarkan angin dan uli sedikit....
kemudian canaikan nipis didalam dulang pizza....kemdian boleh letakkan topping yg kita suka..
BAHAN TOPPING
isi ayam secukupnya (dipotong kecil2)
1 paket cendawan
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
sedikit herba oregano..
1 tin kecil sos prego tradisi
sedikit keju...
CARANYAbawang dimayang halus dan tumis sampai layu dan wangi..
masukkan semua isi ayam dan cendawan dan masukkan sedikit herba oregano dan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak...siap..
sapukan sos prego diatas permukaan roti pizza(ikut suka nak bnyk mana)
kemudian taburkan topping isi ayam yg ditumis tadi
dan akhir skali taburkan campuran keju..
panaskan oven dulu 180'c selama 5 mnt
masukkan pizza dlm oven dan bakar selama 15mnt atau sehingga topping/keju bertukar menjadi garing...
***BAHAN2 TOPPING BOLEH DIUBAH MENGIKUT SLERA MASING2***
Resepi: Rosnani Abdul Rahman
cc: www.facebook.com/bukuresepi
No comments:
Post a Comment