BAHAN
15-20 ekor udang saiz besar - buang kulit dan tinggal ekor
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil garam
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup - dicincang halus (jika suka)
sedikit pewarna atau serbuk kunyit - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - agak-agak la ye
minyak untuk mengoreng
1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang
CARANYA
1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering ( lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna/serbuk kunyit. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna/serbuk kunyit dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan
3. Panaskan minyak dan bolehlah celup udang satu-satu dalam tepung dengan memegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...sedap dicicah dengan sos cili.
Resepi: Intan Razli
No comments:
Post a Comment