BAHAN UNTUK LAKSAM :
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam
BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :
1 kg ikan selayang @ sardin
4 1/2 cawan santan pekat
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
2 keping asam gelugur
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
garam secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL :
sedikit cili padi
4 tangkai cili kering
sedikit cuka
sedikit gula melaka
garam
gula
BAHAN UNTUK HIASAN :1 batang bunga kantan - dihiris
4 batang kacang panjang - dihiris
sedikit kobis - dihiris
dua tangkai daun kesum - dihiris
sedikit taugeh
CARANYA
Cara Menyediakan Laksam :
Panaskan periuk pengukus..
Gaulkan semua bahan-bahan.
Sapukan tudung periuk/loyang dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.
Tuangkan adunan di atas tudung periuk,pastikan tidak terlalu nipis atau tebal.
Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak,lebih kurang 4 minit. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu..
Gulungkan adunan dan potong kecil secara membulat.
Ulangi langkah 2- 5 sehingga adunan habis.

Cara Menyediakan kuah laksam
Ikan direbus terlebih dahulu,kemudian asingkan isi ikan dengan tulang ikan..
Masukkan isi ikan,halia,bawang putih,bawang merah dan lada hitam bersama air secukupnya ke dalam mesin pengisar..kisarkan hingga sebati..
Kemudian,masukkan bahan dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
Untuk membuat sambal :
Kisarkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
Cara Hidangan :
Masukkan sedikit laksam yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
Masukkan ulam yang telah dihiris diikuti dengan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya.
Biasa kalau di Terengganu disertakan sekali sedikit potongan belacan.
Siap untuk dihidang..
Resepi: Resepi Mudah
No comments:
Post a Comment