Monday, 15 July 2013

Kuetiow Daging Ala Vietnam..

BAHAN
2 sudu besar Perencah Pati Ayam


BAHAN A:
1 ketul Halia (saiz ibu jari)
1 biji Bawang besar ( dihiris )
2 sudu besar Sos ikan
3 biji Bunga cengkih
4 biji Bunga lawang
1 batang Kulit kayu manis
1 sudu teh Jintan manis
2 helai Daun salam
1.5 liter Air

BAHAN B: ( dicampur-gaul )
400g Filet daging ( dihiris nipis )
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
½ sudu teh Serbuk Lada Putih
1 sudu teh Tepung jagung
1 sudu besar Minyak bijan


BAHAN C: ( untuk dihidang )
500g Hor fun (kuay teow) ( dicelur dengan air panas )
2 tangkai Daun bawang ( dipotong halus )
2 tangkai Daun ketumbar ( dipotong halus )
½ cawan Daun selasih ( dipotong )
½ cawan Taugeh
5 biji Limau ( dipotong 2 )
2-3 biji Cili merah ( dihiris )


CARANYA
(1) Satukan semua bahan (A) dan biar didih. Seterusnya taburkan 2 sudu besar Perencah Pati Ayam, biar reneh sekurang-kurangnya 20 minit atas api sederhana.
(2) Tapis keluar sisa-sisa.
(3) Perap daging dengan bahan (B) selama 10 minit.
(4) Didihkan sup (A) dan tambah masuk daging perap (B).
(5) Bahagikan hor fun kepada mangkuk individu, masukkan kesemua bahan (C) yang lain.
(6) Cedokkan daging dan sup ke dalam mangkuk. Hidang panas



Resepi: Chef Arm


No comments:

Post a Comment