BAHAN
1 ekor ikan siakap dibersihkan
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - ketuk
1-2 batang serai - hiris memanjang halus
1 inci halia - hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih atau lebih
Tomato cherry
Daun ketumbar
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram - (optional)
Hirisan lemon atau limau - perah ambil jusnya (saya guna lemon)
Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2
Garam - jika perlu sbb sos tiram dah masin tp saya letak sikit
Cendawan hitam kering - rendam hingga kembang
CARANYA
Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi) sehingga kembang. Masukkan bersama2 kicap cair, sos tiram dan sedikit garam sekiranya perlu kedalam mangkuk asam boi. Ketepikan.
Basuh ikan dan cuci bersih. Letak ke dalam pinggan atau mangkuk tahan panas yang sesuai.
Susun dan taburkan bahan2 lain ke atas ikan.
Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali (kukus skali dgn daun ketumbar sbb mmg suka bau dan rasa daun ketumbar itu).
Resepi: Rozilah Abdullah
No comments:
Post a Comment