BAHAN:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
CARANYA
Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah Celsius.
Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.
Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.
Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dengan nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dengan mentega atau dialas dengan kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar.
Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yang telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jangan putus) pada puff tersebut.
BAHAN KRIM CUSTARD
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
CARANYA:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yang telah dididihkan ke dalamnya.
Masak di atas api yang kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
cream puff yang telah masak dibelah tak putus,lalu diisi dengan krim kastad yang telah disejukkan.

No comments:
Post a Comment