Wednesday, 17 April 2013

Tart Buah-Buahan..


BAHAN UNTUK PASTRY:
240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam.

CARANYA
Ayak bahan-bahan kering,masukkan butter,gaul sampai jadi serbuk roti baru masukkan kuning telur dan esen vanila.Uli hingga jadi doh dan masukkan kedalam acuan tat dan tekan tekan mengikut bentuk acuannya.Potong lebihan doh agar tat tu menjadi lebih kemas.Cucukkan dengan garfu bahagian bawah tat sebelum dibakar.Bakar sehingga masak .

BAHAN UNTUK KASTARD:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula halus
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar butter

CARANYA
Bancuhkan semua bahan-bahan diatas ,masukkan dalam periuk yang tidak melekat dan kacau atas api yang perlahan sampai masak.Sudukan kedalam tat dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan yang anda suka

P/S : kalau nak nampak buah-buah tu berkilat sapu je apricot jem kat atas buah

No comments:

Post a Comment