BAHAN UNTUK INTI
200 gm daging kisar / isi ayam cincang halus
2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong
Garam dan sedikit gula
UNTUK LAPISAN ATAS (Kuning):
2 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
100gm gula (secukup rasa)
1 cawan air
Secubit garam
UNTUK LAPISAN BAWAH (pulut):
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut
Secubit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur
Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap...angkat dan ketepikan
LAPISAN UTNTUK PULUT:
Cuci beras dan rendam lebih kurang setengah jam. Toskan dan masukkan beras, santan cair dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga beras kembang dan masak.
Loyang atau bekas plastik yang nak dipakai untuk mengukus tu boleh disapu dengan marjerin skit supaya kurang melekat. Balut tudung kukus dengan kain bersih supaya wap air tu takkan jatuh atas kuih yang dikukus.
Bila pulut kukus dah masak mampatkan dalam loyang atau bekas plastik/acuan menggunakan senduk yang dibalut dengan plastik. Tekan supaya bebetul mampat tau.
LAPISAN UNTUK KUNING (ATAS):
Dalam bekas satukan bahan tepung jagung, tepung gandum, tepung kastad, santan pekat, air dan secubit garam. Kacau sebati dan tpis, tuangkan ke atas pulut yang dimampatkan tadi dan kukus dlm 20 minit dan tabur lauk inti rata2 kemudian sambung kukus lg semula selama 25 minit.
Lepas kukus tunggu sejuk baru boleh potong.
Resepi: ALeen Aireish
sumber ~ nshafeareen
No comments:
Post a Comment