2 ketul Paha ayam ( dibuang tulang )
1 sudu besar Mentega
1 sudu besar Minyak masak
½ biji Bawang Bombay
1 sudu teh Halia ( cincang )
3 kuntum Cendawan butang ( dihiris )
½ cawan Kacang pis dalam tin
Secukup Minyak masak ( untuk goreng-celup )
1 sudu besar Mentega
1 sudu besar Minyak masak
½ biji Bawang Bombay
1 sudu teh Halia ( cincang )
3 kuntum Cendawan butang ( dihiris )
½ cawan Kacang pis dalam tin
Secukup Minyak masak ( untuk goreng-celup )
BAHAN A: ( diperap semalaman )
½ sudu teh Serbuk Lada Hitam
1 sudu teh Sos Worchester (Sos LP)
2 sudu besar Tepung Gandum
BAHAN B: ( dicampur-gaul )
2 sudu besar Tepung beras
1 sudu besar Tepung gandum
BAHAN C: ( digaulkan )
1 biji Tomato ( dikisar )
2 sudu besar Sos HP
3 sudu besar Gula
1 sudu teh Sos tiram
125 ml Air
CARANYA(1) Perap ayam dengan bahan (A) semalaman.
(2) Salutkan dengan bahan (B), goreng-celup hingga perang-keemasan atau masak. Toskan minyak berlebihan & ketepikan.
(3) Untuk menyediakan sos, panaskan 1 sudu besar minyak & mentega, tumis bawang Bombay & halia cincang hingga harum.
(4) Masukkan cendawan butang & kacang pis, tumis seketika.
(5) Masukkan campuran (C), kacau sekata hingga didih kecil.
(6) Tuangkan sos di atas ayam, hidang panas
No comments:
Post a Comment