BAHAN - CUCUR KERAS
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik (baking powder)
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus (kat rumah xde cili hijau, pkai cili merah pn boleh)
minyak untuk menggoreng
CARANYA
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum dihidang.
BAHAN - CUCUR LEMBUT
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik (baking powder)
1/4 camt soda bikarbonat (xde dlm resepi asal, sy tmbh utk dapatkan isi cucur yg berongga)
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
CARANYACampur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
BAHAN KUAH ROJAK
300g keledek 1.5 liter air (agak2 dgn kuantiti keledek, jgn cair or pekat sgt)
Air asam jawa (dari sejemput asam jawa)
3 bj bawang merah - cincang halus
2 bj lada merah - dikisar
1/3 st garam
3 sb gula merah
2 sb gula
20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1/2 st kicap masak hitam
1/2 sb cuka (optional..kalau x, x payah guna)
1/3 cawan minyak masak
CARANYA
a. Rebus keledek sampai empuk. Kisar dengan air rebusan keledek.
b. Blend bawang dan cili merah. Panaskan minyak dan tumis bahan blend bawang dan cili tadi hingga kering. Tuang keledek & kacau, guna api perlahan. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
c. Masukkan kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.
BAHAN SAMPINGAN
Tauhu goreng dihiris nipis
Sengkuang
Timun dihiris spt btg mancis
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
Telur, direbus & dihiris
Tauge dicelur
No comments:
Post a Comment