Tuesday, 9 April 2013

Chicken Chop dengan Sos Epal..

BAHAN A:
2 ketul Seluruh paha ayam tanpa tulang
6 – 8 sudu besar Minyak masak
2 biji Telur ( dipukul ringan )
Sedikit Serbuk roti ( disatukan )
2 sudu teh Tepung jagung

BAHAN PERAP B:
½ sudu teh Garam
½ sudu teh Serbuk Lada Putih
Serenjis Minyak bijan

BAHAN SOS C: ( Sos epal )
2 biji Epal hijau
1 sudu besar Gula perang halus
1 sudu teh Garam
½ sudu teh Perencah Pati Ayam

CARANYA:

(1) Perap ayam dengan bahan B sekurang-kurangnya 30 minit.
(2) Rendam ayam di dalam telur. Kemudian salutkan dengan campuran tepung jagung dan serbuk roti.
(3) Panaskan minyak dalam kuali leper. Goreng ayam di atas api sederhana selama 5 – 6 minit setiap sisi sehingga keemasan dan empuk.Angkat dan letak di atas tuala dapur. Potong ayam dan susun di atas pinggan.
(4) Buang kulit epal, potong dadu.
(5) Masukkan epal, gula dan Garam ke dalam kuali leper. Masak di atas api perlahan sehingga gula larut.Tambah masuk 1 – 2 sudu besar air dan biar epal mereneh hingga lembut.
(6) Tambahkan Perencah Pati Ayam ke dalam sos epal. Angkat dan
hidang dengan ayam.
Resepi: Chef Arm

No comments:

Post a Comment