Thursday, 11 April 2013

Kuih Apam Tepung Gandum..

BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sdb ibu roti (mauripan)
2 cawan air suam
1 cawan kelapa parut
sedikit garam


CARANYA
1. Campurkan ibu roti ke dalam air suam, biarkan hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gula merah, kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
3. Perap selama 1 jam atau lebih sehingga adunan naik sekali ganda.
4. Panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak pada loyang.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak selama lebih kurang 25 minit.
6. Sejukkan dahulu baru dipotong. Makan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

No comments:

Post a Comment