Tuesday 23 July 2013

Biskut Buah Kana..

BISKUT  BUAH  KANA
By: Jamayah Bujang

Bahan-bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawang tepung jagung
1/2 cawan marjerin / mentega
1/2 sk baking powder
1 biji telur
1 sk esen vanilla.
1 cawan gula aising
jem secukupnya
Cara-cara :
Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak  bersama.
Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas. 
*** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.
BAHAN:1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawang tepung jagung
1/2 cawan marjerin / mentega
1/2 sk baking powder
1 biji telur
1 sk esen vanilla.
1 cawan gula aising
jem secukupnya

CARANYA :Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak bersama.
Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas.
*** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.
Resepi: Jamayah Bujang

No comments:

Post a Comment