Monday 1 April 2013

Agar-Agar Tembikai..

BAHAN
1 paket agar2 (15- 20 gram)
1 1/2 cawan gula. (*nak kurangkan pun boleh)
6 cawan air
2 sudu besar mentega
4 keping roti
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan susu pekat.
sedikit esen vanilla
pewarna  (hijau dan merah)
cincau atau kauci (untuk jadikan biji tembikai)


CARANYA
1. Kisar roti bersama-sama susu cair dan susu pekat sehingga hancur.
2. Sementara itu,masukkan agar-agar, gula dan air di dalam periuk dan masak sehingga hancur agar-agar itu.
3. Apabila sudah mendidih,masukkan kisaran roti tadi kedalam periuk bersama-sama sedikit vanilla dan mentega. Kacau hingga sebati.
4. Setelah itu..Bahagikan adunan agar-agar tadi kepada tiga bahagian (hijau.warna asal dan merah)
5. First sekali warnakan dengan warna hijau sebagai kulit tembikai...
6. Selepas tu tuang warna asal pula..
7. Last sekali tuang warna MERAH dan taburkan cincau@kuachi untuk dijadikan biji tembikai.
8. Siap...



Resepi: Oleh:Nazatul Shakina Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

No comments:

Post a Comment