Tuesday 2 April 2013

Butter Prawn..

BAHAN SARANG TELUR
2 biji kuning telur
sesenduk butter [blh juga guna margerine]
1 cwn myk

CARANYA
 AMBIL PERHATIAN PART NI, TIPS NK HASILKAN SARANG JADI HALUS & CANTIK ..
- Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
- Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

- Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang TINGGI sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus jer.
- Teruskan pusing minyak tu LAJU-LAJU dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.

**GULA secukup rasa ~> aleen tambah sendiri utk dapatkan sarang telur yg mmg sedap rasanya.. cara nya, sirakan gula setelah sarang td diangkat/dituang dlm tapis.. sira semasa sarang tu masih panas lagi tau.. lepas tu godek2kan sikit dgn sudu bagi gula tu rata .. ketepikan.

BAHAN UNTIK MASAK UDANG
12 ekor udang saiz besar atau sederhana [20 ekor]
sdkt garam
sdkt lada sulah
myk utk menggoreng
3 ulas bwg putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sdkt butter utk menumis
sdkt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

CARANYA
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap.

 
Resepi: ALEEN AIREISH
sumber ~ spice journey

No comments:

Post a Comment