Sunday 7 April 2013

Pepperoni Beef Pizza with Mushrooms..

Resepi ni utk 2 Biji ukuran pizza 9 inci....

BAHAN ROTI:
1 1/3 cawan air
2 Sudu teh gula
1 1/4 Sudu teh Garam
2 Sudu besar minyak zaitun
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung roti (bread flour)
1 Sudu teh baking powder
1 1/2 Sudu teh yis
1 Sudu teh oregano

CARANYA
**guna tangan

1) masukkan air, gula, Garam Dan minyak zaitun dalam mangkuk. Kacau gula Dan Garam tu sampai larut Dlm air. Ketepikan.
2) dalam mangkuk lain, masuk kan yis, tepung2, baking powder, Dan oregano...Gaul sebati..
3) kemudian, masukkan bahan2 air yg larut tdi ke dalam tepung yg dh sebati.... Gaulkan sehingga Doh sebati. Rasa Dgn tangan, jika Doh tu terlebih air atau Lembik, letak kan lagi sikit tepung gandum sampai Doh jdi tak melekat pada tangan. Ala2 org buat roti gitu... Hihi...
4) rest kan Doh tdi selama 10-15 minit, tutup Doh Dgn kain bersih Dan biarkan selama 45 minit. Doh Akan membesar sekali Ganda Dan gebu. Then, Selepas 45 minit, tumbuk2 sikit Doh yg gebu tu bagi Keluar angin... Bahagiakan kepada 2 Bahagian sbb Ada dua loyang pizza.

Perhatian: sementara nk Tunggu Doh tu naik, boleh lah buat toppingnya.

BAHAN TOPPING:
1 Biji bawang besar (dihiris halus)
1 Biji bawang Putih (dihiris halus)
1 tin cendawan butang (hiris kasar)
400 g daging cincang
220 g pizza sauce atau boleh diganti Dgn prengo perisa tradisional
Mozzarella cheese shredded
Cheddar cheese shredded
* dua2 cheese ni Suka hati nk letak Bnyk mana ikut kesukaan
Paparoni beef
1 Sudu teh mix herbs
Lada hitam ikut Suka
Garam
Sedikit minyak

CARANYA:
1) panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dn bawang putih. Goreng sampai layu.
2) kemudian, masukkan daging Dan Gaul sebati.
3) masukkan pula pizza sauce Dan cendawan butang. gaul sebati.
4) then masukkan mix herbs, Garam, lada hitam. Ni ikut Suka dn citarasa korang. Kalo rasa nk pedas sikit letak lah lebih lada hitam.
5) agak2 daging dh masak, tutup API Dan sedia utk dihias.

6) sediakan pizza pan, sapukan sikit minyak zaitun,... Tekan Doh yg dh siap tadi ikutacuan pan. Letakkan daging yg dh masak dn ratakan. Kemudian letak kan cheese. **kalo nk dptkn pizza yg boleh Tarik panjang McM pizza hut tu, letak kan daging bersilang seli Dgn cheese... Buat lah tebal2 mana yg korang nk... Atas sekali, letak lah paparoni... Hihi... Kalo Suka boleh letak meat ball pun nenas Dlm tin. Nk Cantik lagi boleh letak capsicum hijau, kuning Dan merah. Topping ni ikut citarasa sendiri k...yg diajar ni basic jer... Huhu....

Yeay!! Pizza dh cantik dihias, Tunggu utk dibakar. Sila bakar selama 25-30 minit Dgn suhu 180 darjah Celsius....

**pizza yg dh siap Dan belum dibakar ni boleh simpan Dlm peti Sejuk. Tpi sblm tu, tutup pizza Dgn plastic dupatta pizza x kering.
Resepi:  Halijah Kamaludin


No comments:

Post a Comment