Wednesday 24 April 2013

Super Moist Eggless Chocolate Cake..


BAHAN2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodabikabonat
1 cawan serbuk koko (kalau guna koko branded ¾ cawan )
... 4 sudu makan susu tepung
1 ½ cawan air ais
1 cawan air kopi ‘O’ tanpa gula sejuk
2 cawan gula perang
1 sudu teh vanilla
1 cawan minyak jagug
Secubit garam

CARANYA-Ayak tepung.. baking powder..sodabikabonat….serbuk koko.. dalam sebuah bekas.
-Masukan susu tepung dan garam dalam bekas tepung tadi.
-Dalam bekas yg lain masukan gula perang..air kopi..minyak jagung..vanilla..air ais dan kacau guna hand whisk hingga gula hancur.
-Tuang bahan kopi dalam bahan tepung dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.
-Tuang adunan dalam Loyang yg telah dialas dengan kertas pembakar dan bergris dengan mentega.
(kak guna 2 buah Loyang.. untuk cepat masak dan senang nak potong jadikan 4 keping)
-Bakar selama 40 – 45 minit atau sahingga masak. Angkat dan sejukan.
 
BAHAN FILLING (Mousse Chocolate Putih)
100gm chocolate putih masakan
125ml susu segar
1 biji kuning telur (dipukul dahulu)
1 biji putih telur
30gm gula kastor
150ml whipping cream (diputar hingga pekat)
1 sudu makan gelatin halal
50ml air

CARANYA-Rendam Gelatine dlm air hingga larut..biarkan beberapa mninit baru masak cara double biler..kacau rata biar cair keseluruhanye dan ketepikan.
-Didalam mangkuk lain putar putih telur dengan gula hingga kembang.
-Cairkan chocolat putih masakan cara dpuble boiler dan kacau hingga rata.
-Masukan kuning telur dalam chocolate cair diikuti gelatin cair.. kacau hingga adunan rata dan sebati.
-Masukan putih telur dlm adunan chocolate yg masih panas.. kacau cara kaup balik hingga rata.
-Masukan susu segar dan whipping cream yg diputar tadi dlm adunan chocolate dan kacau rata.
-Simpan mousse chocolate putih kedalam peti sejuk sekurang2nye 4 jam atau sahingga adunan beku. Kemudian keluarkan dengan menggunakan high speed putar hingga pekat (Mousse putih lebih baik dibuat sehari lebih awal dan simpan dlm peti sejuk..hendak guna keluarkan..pukul semula baru disapu atas kek)
 
BAHAN TOPPING (Chocolate Ganache)
200glm chocolate masakan
100ml whipping cream
1 sudu makan mentega cair

-Masak cara double boiler.. panaskan whipping cream biar Nampak bueh2 halus ditepi periuk baru masukan chocolate putih dan kacau sahingga chocolate hancur dan sebati..tutup api baru masukan mentega cair dan kacau biar adunan betul2 sebati.. angkat dan biar adunan suam baru tuang atas kek.

CARA MENYUSUN KEK
-Belah kek jadikan 4 keping.
-Setiap lapis disapu dengan mousse chocolate putih dan susun dengan kemas.. lebihan mousse putih tuang dibahagian atas kek..ratakan dan simpan dlm peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.. keluarkan kek dan letakan diatas wire rack dan tuang topping ganache diatas kek..biarkan topping meleleh sendiri jangan disapu.. untuk meratakan bahagian atas dengan cara menggoyang2kan sahaja kek tersebut.. biar dia meleleh sendiri dan turun dengan sempurna..simpan dlm peti sejuk.
-Potong menggunakan pisau yg telah direndam air panas terlebih dahulu .. lap pisau kemudian barulah dipotong kek tersebut

No comments:

Post a Comment