Wednesday 10 April 2013

Kek Kukus Coklat Moist Lapis Coklat Mousse..

BAHAN A:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula castor
1 cawan koko
1 cawan minyak jagung / masak

BAHAN B: diayak

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

BAHAN C:
4 biji telur gred A - diblender

CARANYA
sila panaskan pengukus dahulu.
- tuangkan kesemua bahan A kedalam periuk, masak atas api sederhana supaya minyak dan bahan td sebati. Sentiasa kacau mengunakan whisk. Bila da sebati matikan api.
- ambil bahan B yg telah di ayak td dan campurkan ke dalam bahan A yg masih panas td. Kacau guna whisk sampai sebati
- seterusnya tuangkan telur yg sudah diblender td. Kacau lg sehingga sebati.
- ambil loyang 8@9 inci griskan majerin/ butter di dlmnye.
- tuang adunan kek coklat td ke dlm loyang dan masukan ke dalam pengukus yg sudah dipanaskan. Masak lebih kurang 35-45minit mengikut ketebalan kek anda.
- sila tutup penutup pengukus menggunakan kain supaya air tidak menitis..
- bila sudah masak, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dr loyang. kemudian potong kepada 3 bhgian, hati2 ye ketika belah kek sgt lembut n mudah pecah.

FILLING MOUSSE COKLAT
500ml non-diary whipping (bukan tenusu)
1 1/2 sudu gelatin halal- cairkan brsama 2 sudi bsr air panas.
200gm coklat masakan, cairkan guna kaedah double boiler.
CARANYA
- tuang whipping cream td dlm mangkuk dan putar sehingga kental/bertanduk.
- sediakan mangkuk/bekas yg besar ketika memukul non-dairy whipping cream td kerana dia akan mengembang 2kali ganda.
- bila da kembang, masukan coklat masakan yg telah dicairkan td, dan putar lg sehingga sebati..
- seterusnya masukan gelatin dan putar lg sebati. asingkan.

TOPPING:
1/2 cawan koko
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

- campur kesemua bahan, masak guna kaedah double boiler. kacau sebati dan asingkan.

CARA MELAPIS:-
ambil 1 bahagian kek yg telah dibahagi 3 td, letakan atas dulang/ pinggan rata.
- sapukan mousse coklat diatasnye mengikut ketebalan yg anda suka.
- ulang step td sampai habis. bila da melapis ke 3 bhgian td tuang lebihan mousse di atasnya da sapu rata mousse di sekeliling dan di tepi bhgian kek. kemaskan.
- simpan dalam peti ais dlm 30-45minit supaya mousse td mengeras sedikit.
- keluarkan dr peti ais dan tuangkan topping coklat di atasnya, sapu rata ke semua bahagian.
- hiaskan, masuk dalam peti ais seketika dan bole di hidangkan.
Resepi: Hidayatul Hafiza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

No comments:

Post a Comment