Monday 1 April 2013

Kek Gula Hangus..

BAHAN
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

CARANYA
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
Pukul 4 biji telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata.
Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam.
Panaskan ketuhar, bakar dlm 45 minit dgn kepanasan 150f.
Resepi: Qaseira Ummi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

No comments:

Post a Comment