Wednesday 24 April 2013

Cotton Soft Japanese Cheese Cake..

BAHAN A
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
150 ml Susu Segar
6 biji Kuning Telur
1 susu besar Jus Lemon
1/4 sudu kecil Garam
60 gm Superfine Flour
20 gm Tepung Jagung


BAHAN B
150 gm Gula Caster
6 biji Putih Telur
1 sudu besar Jus Lemon

TIPS :
Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dr fridge kerana lebih keras dan buang tali pusat telur supaya tidak hanyir.

CARANYA :

1. UNTUK BAHAN A
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar secara double boil. Sejukkan sebentar.
Pukul kuning telur sehingga kembang.
Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati.
Masukkan adunan cream cheese yg telah disejukkan tadi dan gaul rata (guna senduk kayu).
Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yg telah diayak sedikit demi sedikit, gaul sebati (guna tangan)

2. UNTUK BAHAN B
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih2 (foamy)
Kemudian masukkan gula dan pukul lagi smpai bertanduk (soft peak)

PENTING : Mixer kena kering n bersih dr minyak. Putih telur mesti pada suhu bilik n pastikan xde lgsg kuning telur yg termasuk

3. Campurkan adunan BAHAN A ke dlm BAHAN B (guna tangan jer). Tuangkan ke dlm loyang removable 8 inch. Balut bwh loyang dgn aluminium foil sebab akan dibakar dgn kaedah bain marie atau steambath.

4. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dgn kaedah bain marie pada suhu 160 deg celcius selama 1 jam dan guna api atas bawah. Setelah masak renggangkan dulu pintu oven supaya kek tidak turun balik. Biarkan kek sejuk selama 15-20 min sebelum dikeluarkan.

NOTE : Kaedah Bain Marie atau Steambath, letakkan loyang kedalam tray yg berisi air panas MENDIDIH dan bakar ke dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu
 
Resepi:  Sifu ChaHaya Shiela]

No comments:

Post a Comment