Monday 15 July 2013

Lempeng Ikan..

BAHAN
3 keping ikan tenggiri- ambil isinya sahaja dan tumbuk hingga lumat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3 tangkai cili kering ( guna lebih jika nak lebih pedas)
1/2 inci halia
1 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak


CARANYA
Kisar bawang merah, bawah putih, serai, cili kering dan halia. Satukan dengan ikan dan bahan2 lain kecuali minyak dan gaul hingga sebati. Panaskan kuali leper yand disapu dengan sedikit minyak. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan ratakn setebal 1 cm di dalam kuali. Masak atas api sederhana hingga keperangan. Terbalikkan dan masak lg hingga lempeng betul2 masak. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Bleh juga dimakan begitu sahaja.

Resepi: Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
cc: www.facebook.com/bukuresepi




No comments:

Post a Comment