BAHAN
BAHAN TOSAI (A)
250g Tepung Rava
2 gelas Air
4 sudu besar Tepung beras
BAHAN CHUTNI (B):
2 sudu besar Minyak masak
3 biji Tomato
6 tangkai Daun kari
4 ulas Bawang besar
10 ulas Bawang putih
1 sudu teh Biji sawi
Secukup Garam
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
2 sudu teh Kacang Dhall.
BAHAN CHUTNI (C):
2 sudu besar Minyak masak
2 biji Tomato ( dipotong kuib )
2 tangkai Daun kari
Sedikit Jintan manis
Secukup Garam
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
½ sudu besar Perencah Pati Ayam
3 biji Ubi kentang ( direbus & dipotong )
CARANYA
(1) Gaul rata bahan (A) lalu masak dadar atas kuali leper dengan sedikit minyak masak.
(2) Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis semua bahan (B) hingga wangi.
(3) Kisar bahan (B). Diketepikan.
(4) Tumis semua bahan (C) kecuali ubi kentang hingga wangi. Masukkan ubi kentang rebus & gaul rata.
(5) Hidang Tosai Cara Chef Arm bersama 2 jenis Chatni.
Resepi: Chef Arm
No comments:
Post a Comment