BAHAN
250gm mentega
175gm gula castor (sy pakai gula aising)
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Saya tambah sedikit esen vanilla
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
CARANYA
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan. Satukan mentega dan gula dan pukul
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan. Satukan mentega dan gula dan pukul
hingga kembang. Masukkan putih telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan2 yg diayak
tadi dan gaul rata. Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan. Masukkan ke dalam piping beg dan gunting
hujungnya. Alas dulang dengan kertas minyak dan paipkan adunan pertama berbentuk garisan lurus
sepanjang 1 inci. Paipkan adunan kedua berbentuk bujur keliling adunan pertama tadi. Ulangi dengan warna
seterusnya hingga habis semua warna. Kalau ikut Kak Wan (tuan punya resipi) bakar pada suhu 150 drj, tp
saya bakar pd suhu 180 drj. Bakar hingga garing. Jangan bakar terlalu lama, nanti warna biskut pudar dan
nampak tak cantik.
Nota: Biskut ini mengembang bila dibakar. Kalau nk biskut yg lebih kecil, guna 3-4 warna sahaja.
Nota: Biskut ini mengembang bila dibakar. Kalau nk biskut yg lebih kecil, guna 3-4 warna sahaja.
No comments:
Post a Comment