Thursday, 1 August 2013

Risol Makanan Laut...

BAHAN KULIT
100g Tepung gandum
2 biji Telur
150 ml Susu segar
100 ml Air
2 sudu besar Mentega cair
3 sudu teh Garam
Sedikit Minyak ( untuk mendadar )



BAHAN INTI
2 sudu besar Minyak
2 ulas Bawang merah ( dicincang halus )
2 ulas Bawang putih ( dicincang halus )
4 batang Filamen Ketam ( dipotong kecil )
150g Udang ( dibuang kulit & cincang )
50g Tuna ( dihancurkan )
50g Sayuran campur Beku


BAHAN SALUT
2 biji Telur ( dipukul )
60g Serbuk roti
Sedikit Minyak ( untuk menggoreng )


CARANYA
(1) Satukan semua bahan kulit kecuali minyak. Pukul dengan whisk
sehingga sekata, lalu masukkan mentega cair.
(2) Biar selama 10 minit. Panaskan kuali leper.
(3) Lenser sedikit minyak dan goreng 8 keping dadar. Ketepikan.
(4) Untuk inti: Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
(5) Masukkan udang, kacau 1 minit.
(6) Bubuh ketam, tuna dan sayuran campur.
(7) Bila sayuran empuk, kemudian angkat. Biar sejuk.
(8) Letak inti di atas dadar, gulung kemas dan lekatkan hujungnya.
(9) Celup dengan telur dan salut dengan serbuk roti.
(10) Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.



Resepi: Chef Arm



No comments:

Post a Comment