Thursday, 1 August 2013

Bebola Pulut..

BAHAN 
200g Beras pulut

BAHAN A:
3 sudu teh Garam
½ sudu teh Perencah Pati Ayam
5 sudu teh Serbuk Lada Putih
½ sudu teh Gula
1 sudu besar Minyak masak
¼ sudu teh Minyak bijan
30 ml Air

BAHAN B:
1 sudu besar Minyak masak
¼ biji Bawang besar ( dipotong dadu )
100g Isi paha ayam ( dipotong kuib )
50g Isi udang ( dipotong kuib )
30g Cendawan kering ( yang telah direndam, dipotong kiub )
3 sudu teh Garam
½ sudu teh Perencah Pati Ayam
½ sudu teh Sos tiram
1 sudu teh Gula
40 ml Air

BAHAN C:
1 sudu teh Tepung kentang
2 sudu besar Air

CARANYA:
(1) Kukus beras pulut selama 30 minit. Diketepikan.
(2) Dengan menggunakan periuk kecil, didihkan kesemua bahan (A).
(3) Tuangkan campuran bahan (A) pada pulut yang telah dikukus, gaul dengan sekata.
(4) Untuk menyediakan inti (B), panaskan minyak pada kuali, tumis
bawang besar hingga wangi, masukkan cendawan, isi ayam & udang.
(5) Seterusnya masukkan kesemua bahan perencah (B) serta air.
Pekatkan campuran dengan bahan (C).
(6) Diketepikan sehingga sejuk.
(7) Balutkan 1 sudu besar inti dengan pulut. Stim selama 10 min & dihidang panas.



Resepi: Chef Arm




No comments:

Post a Comment