Monday 1 April 2013

Pau..

BAHAN
 
2 1/2 cawan tepung pau (tepung gandum biasa pun boleh)
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu teh baking powder
*1 sudu besar bread softener
*2 sudu besar lemak sayuran
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air suam secukupnya
kertas putih secukupnya (untuk lapik bawah pau)

Yg bertanda (*) tu cadangan saja, klau x letak pun xpe...

CARANYA

Pertama sekali, panaskan air dalam kukusan.. Satukan tepung gandum, gula, yis kering, baking powder dan air. Gaul hingga hampir jd doh. Masukkan bread softener, lemak sayuran n minyak masak. Gaul lg hingga jd doh(sampai x melekat kat tgn). Kalau melekat, tambah tepung sikit. Lepas dah jd doh, rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan suam. Lepas 10 minit, blh la mulakan sesi letak inti dlm setiap doh yg telah dibahagi kpd beberapa bahagian.

lepas dan siap letak inti, dah boleh susun kat atas pengukus dan kukus.

Petua: kena tunggu air kukusan mendidih dulu, pastu baru susun pau dlm kukusan.. kukus dlm 10 minit je.. jgn lama sgt sbb nanti dia akan kecut, kulit pau jd menggerutu..

*inti terpulang kpd anda. Nak letak kaya (biasanya sy guna yg dah siap kat kedai), kelapa or ubi bergantung kpd selera..

INTI KELAPA
300gm kelapa muda (kelapa yg biasa kita guna untuk makan dengan pulut)
gula (ikut selera, kalau nak manis boleh letak lebih), ada juga yg guna gula melaka. itu terpulang. kalau guna gula melaka, dah x perlu guna pewarna hijau.
air secukupnya
daun pandan
pewarna hijau

CARA
satukan semua bahan dalam kuali, masak hingga air kering. jangan terlalu kering seperti sambal tapi sedang2 elok untuk inti..

INTI UBI

isi ayam/daging yg telah direbus dan dicarik2
2 atau 3 biji ubi kentang(bergantung kpd saiz)-di potong dadu kecil2
sebiji bawang besar (blend)
1 1/2 sudu besar rempah kari (tambahkan air)
setangkai daun kari
1 cm halia-diracik halus
sedikit minyak
air
garam dan gula

*selain menggunakan rempah kari, boleh juga guna rempah kurma.. jika guna rempah kurma, tak perlu masukkan daun kari dan halia..

CARAtumis bawang besar sekejap. selepas itu masukkan halia. tumis seketika. masukkan daun kari. kemudian masukkan rempah kari. tambahkan air(jangan terlalu banyak, bimbang ubi menjadi terlalu lembik), ubi kentang dan isi ayam. perasakan dengan garam dan gula. biarkan hingga air kering dan ubi empuk. apabila dah siap, dah boleh angkat
 
Resepi pau gebu & putih
Oleh: Fieyza Fadlina
cc : www.facebook.com/bukuresepi

No comments:

Post a Comment