Tuesday 14 May 2013

Kek Coklat Keju Kukus...

BAHAN LAPISAN COKLAT :
170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega dibiarkan pada suhu bilik)
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla


CARANYA
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.


BAHAN LAPISAN KEJU
250g krim keju (pada suhu bilik)
1 biji telur
60g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
2 sudu makan tepung gandum

CARANYA
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.


CARA MENGUKUS :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api

Resepi:  Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Photo: KEK COKLAT KEJU KUKUS
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan : 

Lapisan Coklat :
170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega dibiarkan pada suhu bilik) 
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju : 
250g krim keju (pada suhu bilik)
1 biji telur
60g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.

Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 

Cara mengukus :

Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
Adunan coklat hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

No comments:

Post a Comment