Wednesday 15 May 2013

Lepat Liat...

BAHAN
250 gm gula merah
500 ml santan pekat
600 gm tepung pulut
250 gm gula putih
Daun pisang secukupnya


CARANYA:
Masukkan gula merah dalam santan, selepas itu masak dengan api sederhana, sehingga mendidih, biarkan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan tepung pulut dan gula putih, kacau sebati.
Bila telah sejuk, letakkan sesudu adunan di atas daun pisang.
Kemudian lipat dengan kemas dan rapi.
Akhir sekali, kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
Siap dihidang untuk dinikmati.

***Kuih ini tidak melekat pada daun pisang disebabkan adanya santan.

Resepi: Maamon Hj Mohamad

No comments:

Post a Comment