Wednesday 15 May 2013

Pulut Delima..

BAHAN 
1 kilo beras pulut
1 kilo santan
1 kilo gula pasir
5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam


CARANYA

1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih
kurang 3-5 jam. Ambil suku daripada beras pulut ni dan rendam dengan pewarna merah manakala yg sebahagiannya di biarkan putih.
2. Selepas itu, campurkan pulut bewarna dan pulut tanpa warna itu bersama2 di dalam periuk kukusan. Tanak atau kukus beras pulut itu.
3. Masak santan, gula pasir, garam bersama daun pandan sehingga pekat.
5. Apabila santan agak pekat, masukkan beras pulut yang
sudah ditanak / dikukus ke dalam santan. Kacau lagi hingga benar-benar pekat dan likat.
6. Tuangkan ke dalam bekas.
7. Hidangkan setelah sejuk.* Makan panas-panas pun
sedap.



Resepi: Rozilah Abdullah


No comments:

Post a Comment