Thursday 26 September 2013

Makluman: Mohon keizinan untuk share/post resepi2 di blog saya...

  • Bie Rafuiata

     
    Assalam,

    Saya ingin memaklumkan bahawa saya memohon izin dan kebenaran untuk meletakkan resepi-resepi yang saya perolehi dalam fb (sebagai sumber utama saya) untuk diletakkan di dalam blog saya sebab x mampu saya nak salin atau copy paste dalam file laptop (susah nak trace balik resepi bila memerlukan).

    Untuk makluman juga, saya letakkan resepi-resepi yang perolehi di blog saya ini dengan meletakkan sekali nama tuan punya resepi dan gambar masakan mereka (yang ada water mark). Saya menghormati pencipta resepi2 ini dan usaha-usaha mereka. Tp mungkin ada yang tidak diletakkan sebab terlepas pandang atau saya tidak pasti tuan punya resepi tersebut.

    Ada juga pemunya resepi, pemilik fan page, pemilik fb dan individu yang telah saya hubungi (melalui message fb) untuk saya memohon kebenaran untuk post resepi2 mereka disini. Ada yang memberi kebenaran dan memberikan syarat-syarat mereka. Saya mengambil maklum mengenai permintaan tersebut dan akan memperbaikinya seperti yang diminta ( tp ambil masa sedikit untuk saya buat perubahan sebab x selalu buka blog... harap bersabar yer. Nanti saya betulkan). 

    Niat saya post resepi di blog saya ni adalah dengan niat baik...utk simpanan (collection of recipe) saya dan bagi kawan2 yang memerlukan dan tercari-cari  resepi2 yang bagus. Janganlah anggap saya mencuri resepi2 sis sbb itu bukan niat saya (mungkin cara saya yang silap dengan tidak memohon izin atau salah memberi maklumat).

    Empunya resepi yang saya belum hubungi bagi meminta kebenaran boleh memberikan komen mengenai perkara ini. Jika tidak bersetuju, sila maklumkan. Saya terima teguran dengan hati terbuka dan diharap sis juga boleh menegur saya dengan cara baik (berbudi bahasa dan bukan bernada kasar). Sila maklumkan sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan.

    Sekian, terima kasih.

    (Mode: sedih hati saya bila ada yang berkata macam2 dan bagi email marah2...emmm.)

No comments:

Post a Comment