Monday 23 September 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi...

BAHAN
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

CARANYA
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit (saya bakar 15 minit aje)
11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Resepi: Norhasmiza Ali
LIKE: Buku Resepi

resepi asal dari: Fatmah Bahlawan & blog citarasawan.
sumber: azlita masam manis
olahan: norhasmiza ali

No comments:

Post a Comment